G-ACE is being UPDATED from time to time. The information may be changed accordingly.

Info G-ACE

Info G-ACE


Global Access Continuous Education (G-ACE) merupakan satu platform dimana tempahan kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dapat dilakukan.  Kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh USIM ini boleh diikuti hingga akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan kepada inidividu, masyarakat dan alam pekerjaan.  Kursus jangka pendek ini menyediakan kaedah pembelajaran Al-Quran bertajwid terkini di internet yang membantu orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun dan ke atas dalam mempelajari bacaan Al-Quran. 

 

Dalam laman web G-ACE ini, kursus yang ditawarkan adalah mengikut keperluan dan kehendak pembelajaran semasa.  Satu konsep pembelajaran telah dirangka untuk menjadikan pembelajaran di G-ACE lebih praktikal meskipun pembelajaran berlaku secara atas talian.   Dipermulaan pengajian, pembelajaran adalah secara kendiri iaitu pembelajaran secara sendiri dahulu.  Kemudian setelah mengenal hukum tajwid dan kaedah bacaannya barulah pembelajaran secara berguru dijalankan untuk memastikan bahawa bacaan anda adalah benar-benar betul. Konsep pembelajaran ini dikuatkan lagi dengan bantuan video pengajaran dari tenaga pengajar yang berpengalaman.

 

Segala bentuk pembayaran tempahan kursus jangka pendek boleh dibuat melalui platform G-ACE ini.